25/04/2011

hujung minggu nie nak pergi pesta kaul mukah

Pesta Kaul Mukah merupakan pesta keramaian yang diraikan oleh Masyarakat Melanau pada setiap tahun. Pesta tradisi ini menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan mempunyai keunikan tersendiri.
Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh Masyarakat Melanau ”Pagan” untuk memohon restu daripada penunggu laut, darat, ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Di sebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan. Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu.
Perubahan agama dan anutan di kalangan masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dan Kristian membawa dimensi baru kepada Kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai Pesta Sosio-Budaya. Namun di dalamnya masih terpelihara dan terselit keunikan warisan Budaya Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.
Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini bakal menyajikan satu manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan, tarian dan adat resam. Kini sambutannya disertai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan tradisi seperti ”Tibow” (buaian gergasi), pameran dan jualan makanan eksotik tempatan seperti ”Tebaloi”, ”Si’et” dan ”Umai”, persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keakraban yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan komuniti.
Antara Aktiviti Pesta Kaul Mukah 2011
1. SAFARI MEMANCING MUKAH
2. PERTANDINGAN MASAKAN
3. PERTANDINGAN MEMANCING DI TEBINGAN SUNGAI
4. SUKAN RAKYAT
5. PERTANDINGAN LAGU KLASIK
6. PERTANDINGAN PETANQUE
7. MUKAH BEACH TRIATHLON
8. PERTANDINGAN BOLASEPAK PANTAI
9. PERTANDINGAN FESYEN KANAK-KANAK
10. PERTANDINGAN MEWARNA KATEGORI KANAK-KANAK
11. GERAI KOMUNITI
12. GERAI PAMERAN DAN JUALAN
13. KARNIVAL FOTOGRAFI KAUL
14. BERMUKUN
15. MR. & MRS. JERD (Badang)
16. PERTANDINGAN DAN PAMERAN KRAFTANGAN
17. PERTANDINGAN MENGGUBAH SERAHANG
18. PENTAS SENI WARISAN BUDAYA
19. PENTAS HIBURAN
20. PERTANDINGAN TELUWAIH DAN JEMELAI JINIH
21. PERARAKAN SERAHANG
22. PERARAKAN SENI WARISAN 1 MALAYSIA
23. PERTANDINGAN DAN PAMERAN LAYANG-LAYANG
24. PERTANDINGAN MENULIS ESEI
25. KARNIVAL PERMOTORAN
26. KAUL MUSIC FEST (BATTLE OF THE BAND)
27. GALERI KAUL
28. SENAM SENI 1 MALAYSIA
29. KEMAN BERADET

Majlis Perasmian akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut;
Tarikh : 30 April 2011
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Taman Kala Dana Mukah
Tetamu Kehormat : YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak


Ini adalah salah satu aktiviti semasa pesta kaul mukah yang dinamakan 'tibow',,,
Nanti saya akan ambik pic banyak-banyak untuk update dalam blog nie,,muahahaa,,,
Sabar menanti,,balik dari kampung baru dapat update,,(^^,)

No comments:

Post a Comment